Sunday, 23 October 2016

Cara Pengeposan

Pakej Prabayar daripada Pos Laju

Terdapat 2 pakej prabayar yang disediakan iaitu sampul prabayar dan kotak prabayar. Caranya mudah. Kita hanya perlu membeli sampul atau kotak prabayar yang sesuai dengan berat barang yang kita mahu hantarkan, masukkan barang, isi nota konsignmen dan kemudian serahkan kepada mana-mana kaunter Pos Laju atau pejabat pos terdekat.

Nak Dapatkan di mana?
Sampul dan kotak prabayar boleh didapati di:


·                     Mana-mana outlet Pos Malaysia
·                     Cawangan-cawangan Pos Laju
·                     Pusat servis Pos Laju
·                     Kiosk-kiosk Pos Laju
·                     Agen yang dilantik Pos Laju



Isi borang tersebut. PENGIRIM adalah kita. PENERIMA adalah customer. Nama , alamat dan no hp. 3benda ni wajib di isi ye.. Dah isi borang then pegi timbang n bayar.. SETTLE ^___^
Untuk Prabayar tak perlu bayar dah. Just drop kat kaunter.

Sampul dan kotak prabayar adalah untuk barangan yang beratnya antara 500g hingga 10kg untuk penghantaran dalam Malaysia. Ada 2 jenis sampul dan kotak prabayar disediakan. Warna oren dan biru adalah merangkumi kawasan perkhidmatan seperti yang dinyatakan.



PLASTIK PRABAYAR UNTUK POS SEMENANJUNG SAHAJA
Plastik ni hanya bayar sekali je.. Masa beli. Pastu masukkan barang korang dalam plastik atau kotak yang muat. Then serahkan je tanpa ada apa-apa bayaran tambahan lagi.






PLASTIK PRABAYAR UNTUK SABAH SARAWAK




Untuk sampul dan kotak prabayar berwarna oren, kawasan perkhidmatan adalah merangkumi:
·                     Semenanjung Malaysia ke Semenanjung Malaysia
·                     Sabah ke Sabah
·                     Sarawak ke Sarawak
Untuk sampul dan kotak prabayar berwarn biru pula, kawasan perkhidmatan merangkumi:
·                     Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak
·                     Sabah/Sarawak ke Semenanjung Malaysia
·                     Sabah ke Sarawak
·                     Sarawak ke Sabah
·                     Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Oren)



Harga Sampul dan Kotak Prabayar (Biru )




Cara Penggunaan Sampul atau Kotak Prabayar
1.            Beli Sampul atau Kotak Prabayar di mana-mana tempat seperti yang dinyatakan di atas.
2.            Isikan maklumat dalam nota kiriman (consignment note) yang disertakan bersama Sampul atau Kotak Prabayar.
3.            Masukkan nota kiriman yang telah diisi ke dalam poket plastik yang tersedia pada Sampul atau Kotak Prabayar. 
4.            Serahkan Sampul atau Kotak Prabayar pada mana-mana pusat Pos Laju atau Pejabat Pos berdekatan untuk penghantaran.

PENTING!!!
·                     Pastikan anda mendapat salinan nota kiriman sebagai bukti rujukan tracking number untuk         mengetahui status barang anda berada di mana.
·                     Pastikan anda menggunakan sampul atau kotak prabayar yang bersesuaian dengan berat barang anda (secara anggaran atau timbang sendiri).



No comments:

Post a Comment